Sunday, May 19, 2013

SELF AWARENESS



Kenali emosi dalam diri sendiri 
Kenal pasti emosi kamu. Kemudian selidiki tanda-tanda yang boleh menyebabkan emosi kamu sering terganggu. Misalnya emosi suka, gembira, marah, duka, kecewa dan curiga. Semakin banyak kamu bermuhasabah diri, semakin banyak kamu dapat mengenali diri sendiri.

Kenali kekuatan dan batasan diri 
Tidak dapat dinafikan, sejak kecil lagi kita dididik untuk menjadi seorang yang seorang yang rendah diri sehingga menyebabkan kita tidak berani untuk mengemukakan mengenai kekuatan dan kelemahan diri. Malah ada ketikanya kamu enggan untuk mengakui kelebihan yang ada dalam diri kerana kamu khuatir akan dianggap sombong dan bangga diri. Namun jika ingin berjaya, hakikatnya kamu harus bersikap adil dan seimbang. Adakalanya kamu harus tonjolkan kemampuan diri.

Kenali perkara yang kamu suka dan sebaliknya
Tahukah kamu perkara yang disukai boleh mengembangkan minat dan pontensi diri untuk menjadi yang terbaik? Sebaliknya perkara yang tidak disukai akan menjadikan kamu lebih tertekan dan tidak bersemangat. Oleh yang demikian, kenalpasti apa yang menjadi kesukaan kamu dan apa yang membuatkan kamu tidak suka. Jangan biarkan perkara yang kamu tidak suka itu merosak mood kamu untuk seharian!

Kembangkan kemampuan diri sendiri
Bersandarkan kemampuan diri, kamu seharusnya berusaha mengembangkannya dan tonjolkan sikap menghargai diri sendiri. Elemen ini sangat penting untuk mencapai hidup yang bahagia.

Percaya kata hati 
Pernahkah kamu berasa tidak menentu dan sukar untuk membuat keputusan? Percayalah kepada kata hati anda…sememangnya kata hati tidak pernah berbohong dan membohongi

SELF MANAGEMENT (menguruskan diri)

Kendali emosi
Untuk meraih kebahagiaan, kamu harus bijak mengawal emosi dengan baik. Misalnya sifat marah memang secara semula jadi lahir dalam diri seseorang. Sekiranya kamu membiarkan emosi marah menguasai diri, lambat laun orang akan berpandangan negative terhadap diri kamu…jaga-jaga ya…

Jaga norma-norma kejujuran 
Kamu akan lebih berasa bahagia sekiranya kamu berlaku jujur pada diri sendiri mahupun orang lain. Dengan penampilan kamu yang seadanya, kamu akan berasakan diri kamu cukup sempurna dan bahagia, tanpa perlu bermuka-muka atau hipokrit untuk meraih simpati orang terhadap kamu.

Bertanggungjawab pada diri sendiri 
Bertanggungjawab pada diri sendiri merupakan elemen yang penting dalam diri seseorang. Misalnya, sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan dan faedah pada diri sendiri.

Terima perubahan
Terimalah perubahan! Sikap mudah menerima dan menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan pada diri dan sekeliling akan membuatkan pergaulan kamu bersama rakan-rakan akan menjadi lebih rapat dan mesra. Sehinggakan kehadiran kamu disenangi dan diterima oleh orang lain, walaupun ketika itu kamu baru sahaja mengenali antara satu sama lain.

Bersikap terbuka 
Sentiasa bersikap terbuka dan selalu mengikuti perkembangan semasa akan mengubah dirimu menjadi insan yang berjaya dan bahagia. Kamu bukan sahaja mudah didekati oleh orang bahkan, orang di sekeliling kamu tidak sekali-kali akan mengatakan bahawa kamu “seperti katak di bawah tempurung”.
MOTIVATION (sokongan diri)

Beri dorongan pada diri 
Beri sokongan dan dorongan pada diri sendiri untuk meraih hidup yang lebih sempurna dan bahagia.  Dorongan positif akan menjadikan kamu lebih kreatif dan kehidupanmu pasti tidak akan bosan.

Fleksible (sesuai mengikut keadaan)
Keyakinan diri yang tinggi akan dapat membantu kamu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dapat membantu diri kamu menghadapi pelbagai situasi yang berbeza-beza.

Ingatlah, kesempatan hanya sekali!
Kamu perlu bersedia untuk memiliki setiap kesempatan yang ada di depan mata. Cara ini akan dapat membantu kamu menjadi seorang yang lebih peka dan sempurna.

Gigih menghadapi cabaran 
Dengan memiliki kegigihan yang tinggi, setiap cabaran yang dihadapi pasti akan dapat ditempuhi dengan baik. Setiap dugaan dan cabaran yang mendatang, mampu ditangani dengan mudah dan berkesan.

Pupuklah kemampuan untuk bangkit 
Bukan semua usaha yang dijalankan akan mendatangkan kesan yang positif. Apabila dorongan dalam diri meningkat, kata-kata positif dibina, ia akan membuatkan diri kamu bangkit dari kegagalan dan mampu menerima sebarang dugaan sebagai dorongan untuk terus berjuang dalam usaha meraih kejayaan.